Honor sebelum ini telah mengumumkan komitmen mereka untuk menawarkan kemaskini perisian dan sistem operasi dengan beberapa fungsi baru untuk peranti mereka. Ia telah diumumkan oleh Honor bersama-sama pengenalan peranti Honor 8 pada peringkat global.
Kini, lanjutan daripadanya, sebuah halaman khusus telah disediakan oleh Honor, dan mereka turut menyenaraikan peranti yang akan menerima sokongan berkenaan.
Daripada halaman berkenaan, Honor mengatakan Honor 5X dan Honor 8 akan tertakluk dibawah sokongan kemaskini ini.
Melalui polisi baru pihak Honor ini, mereka mengatakan komited untuk menawarkan sekurang-kurangnya satu kemaskini setiap tiga bulan untuk tempoh 12 bulan pertama – dan akan kekal menawarkan kemaskini sekurang-kurangnya 24 bulan sejak peranti berkenaan diperkenalkan. Kemaskini ini turut meliputi kemaskini sekuriti – yang mana sering menjadi salah satu masalah besar pada Android memandangkan sejumlah peranti tidak menerima kemaskini sekuriti utama.
Daripada pertanyaan kami terhadap pihak Huawei, mereka mengatakan ini meliputi pada peringkat global – termasuk pada pasaran Malaysia.