Peranti Baru Dibawah Keluarga Redmi Akan Diperkenalkan Esok – 25 Ogos

Peranti Baru Dibawah Keluarga Redmi Akan Diperkenalkan Esok – 25 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 24, 2016 oleh .

Pada tahun ini, pihak Xiaomi boleh dikatakan sangat aktif dan telah memperkenalkan sejumlah produk baru. Dibawah keluarga Redmi sahaja, mereka telah hadir dengan beberapa variasi produk, termasuk paling terakhir adalah Redmi Pro.

Xiaomi RedmiKini, melalui perkongsian pada laman MIUI, pihak Xiaomi dilihat akan memperkenalkan satu lagi peranti baru dibawah keluarga Redmi secara rasminya esok.

Apakah peranti yang bakal diperkenalkan masih menjadi tanda tanya. Adakah pihak Redmi akan memperkenalkan Redmi 4 secara rasminya esok? Jikalau ya, adakah Redmi kini beralih kepada kemaskini versi dengan lebih pantas, memandangkan Redmi Note 3 dan Redmi 3 masing-masing telah diperkenalkan pada Januari 2016 sahaja, malah ada yang masih belum memasuki pasaran tempatan sehingga kini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Xiaomi esok untuk melihat apakah yang bakal diumumkan mereka.


TIPS & ULASAN