GrabCar Memperluaskan Perkhidmatan Ke Melaka Dan Kota Kinabalu

GrabCar Memperluaskan Perkhidmatan Ke Melaka Dan Kota Kinabalu

Diterbitkan pada Ogos 24, 2016 oleh .

Grab merupakan salah satu perkhidmatan menempah teksi yang dahulunya dikenali dengan MyTeksi. Selain hanya menempah perkhidmatan teksi, ia juga turut membolehkan pengguna membuat tempahan kenderaan bukan teksi ke sesuatu destinasi melalui perkhidmatan yang dinamakan GrabCar.

GrabCar buat masa ini telah beroperasi di Lembah Klang, Johor Bahru dan juga Pulau Pinang. Kini, mereka turut memperluaskan perkhidmatan mereka kepada dua lagi bandar utama di Malaysia, iaitu Melaka dan juga Kota Kinabalu.

Kini, pengguna di Melaka dan Kota Kinabalu boleh menggunakan aplikasi GrabCar dalam membuat tempahan sesuatu kenderaan dari satu lokasi ke destinasi yang dituju. Pengguna turut boleh menetapkan untuk membuat pilihan sama ada ingin membayar secara tunai atau kad kredit.

Bersempena dengan pengenalan ini juga, pengguna GrabCar boleh menggunakan kupon “Merdeka59” untuk menikmati potongan harga RM5 untuk perjalanan menggunakan GrabCar (Economy).


TIPS & ULASAN