Digi Menawarkan 888MB Percuma Untuk Pelanggan Pascabayar

Digi Menawarkan 888MB Percuma Untuk Pelanggan Pascabayar

Diterbitkan pada Ogos 24, 2016 oleh .

Menggunakan perkhidmatan Digi? Kini, untuk tempoh terhad, pihak Digi menawarkan data sebanyak 888MB khusus untuk para pengguna pelan pascabayar mereka. Untuk menebusnya, pengguna perlu mengaktifkan ia melalui aplikasi MyDigi yang ditawarkan untuk Android dan juga iPhone.

Digi 888MB

Digi menawarkan promosi ini khusus untuk pelanggan pascabayar yang melanggan pakej data mudah-alih. Penawaran data tambahan 888MB secara percuma ini akan digunakan terlebih dahulu sebelum data pakej pelanggan digunakan.

Untuk mengaktifkannya, pada aplikasi MyDigi, pilih pada Add-ons dan seterusnya memilih Internet. Pada halaman berkenaan, pengguna boleh menebus Internet 888MB dan menambah data 888MB pada akaun anda.

Digi menawarkan promosi untuk menebus internet tambahan ini sehingga 25 Ogos ini, dan ia hadir dengan masa penggunaan selama lima hari lamanya.


TIPS & ULASAN