Cari @ Amanz

Hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum iPhone 7 dan iPhone 7 Plus akan dilancarkan secara umum. Berbeza dari tahun lalu versi Plus akan membawakan perubahan besar berbanding edisi biasa kerana dilengkapi sistem dwi-kamera. Kerana terlalu banyak gambar tertiris, rekaan dua peranti utama Apple ini bukan lagi misteri kepada semua.

iPhone-6-SE-tertirs-2

Apa yang menjadi misteri ialah apabila gambar kotak iPhone 6 SE tertiris ke arena web semalam. Spekulasi kini muncul bahawa ini mungkin model ganti kepada iPhone SE dengan rekaan lebih menghampiri sebuah iPhone 6 dan bukannya iPhone 5S. Kesahihan gambar kotak yang tertiris ini tidak diketahui. Apple bukanlah syarikat yang terkenal dengan kepantasan melakukan product refresh. Tambahan lagi iPhone SE baru sahaja memasuki pasaran pada Mac yang lalu.

Kemaskini : Ia diketahui kotak ini adalah kotak palsu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd