Tetapan Rahsia Talam Navigasi Android Nougat Menyokong Sehingga Sembilan Butang

Tetapan Rahsia Talam Navigasi Android Nougat Menyokong Sehingga Sembilan Butang

Diterbitkan pada Ogos 25, 2016 oleh .

Terdapat dua jenis butang navigasi digunakan pada peranti Android iaitu butang navigasi fizikal dan butang navigasi di atas skrin. Pada peranti Nexus dan LG butang navigasi atas skrin digunakan. Pada peranti Samsung pula dua butang navigasi kapasitif digabungkan dengan butang home fizikal. Secara peribadi kami lebih menggemari butang navigasi atas skrin kerana ia boleh dikustomasi mengikut kehendak pengguna. Hanya peranti OnePlus setahu kami menyertakan sokongan untuk dua mod navigasi berbeza ini.

Nougat-Kustonmasi-Navigasi-1

Kustomasi butang navigasi atas skrin pertama kali kami lihat pada peranti LG. Empat buah butang boleh diletakkan pada talam navigasi mengikut susunan yang dikehendaki pengguna. Pada Android Nougat tetapan untuk meletakkan sehingga sembilan butang kawalan pada talam navigasi ditemui. Buat masa ini ia tidak boleh diakses melainkan dengan mengubah tetapan SystemUI secara manual.

Dari apa yang dilihat pelbagai butang baru boleh ditambah selain dari back, home dan multi tasking sedia ada. Ketiga-tiga butang default ini boleh dibuang sepenuhnya sekiranya itu yang dimahukan pengguna. Lokasi dan saiz butang pada talam navigasi juga boleh diubah oleh pengguna. Antara pilihan butang yang diberikan ialah Clipboard dan Menu. Tidak kesemua pilihan butang yang diberikan berfungsi pada waktu ini dan mungkin menjadi penyebab ia tidak diaktifkan. Kami akan teruja dengan fungsi ni kerana dengan saiz skrin peranti yang semakin besar, meletakkan hanya tiga butang navigasi adalah agak merugikan.


TIPS & ULASAN