Tonton Maxis Rojak 360 – Festival Filem Realiti Maya Bertemakan Kemerdekaan

Tonton Maxis Rojak 360 – Festival Filem Realiti Maya Bertemakan Kemerdekaan

Diterbitkan pada Ogos 25, 2016 oleh .

Sejak beberapa tahun dahulu Maxis telah mengetengahkan video khusus bagi menyambut kemerdekaan dan dalam membawakan kelainan tahun ini, mereka telah mengadakan Rojak 360, iaitu festival filem pendek bertemakan kemerdekaan dalam pengalaman realiti maya.

Dengan kerjasama YouTube Malaysia, Maxis telah menampilkan beberapa pengkarya video YouTube tempatan yang ternama diantaranya The Ming Thing, Veedu, Junad Mohd Nor dan Barney Chua. Mereka telah merakam filem ini menggunakan kamera dengan sudut penuh 360 darjah. Selain dari video realiti maya bertemakan kemerdekaan, mereka juga turut menampilkan realiti maya dari sudut pandang wau bulan menggunakan teknologi dron yang akan diterbitkan pada minggu hadapan.

Bagi menonton video Maxis Rojak 360, anda memerlukan peranti realiti maya seperti Samsung Gear VR, ataupun Google Cardboard dan melayari halaman YouTube yang memuatkan video ini.

Tonton: Maxis Rojak 360

Terima kasih kepada Andre dari Mobile88 untuk gambar.


TIPS & ULASAN