Xiaomi Redmi Note 4 Dilancarkan – Diperkasakan Pemproses Helio X20

Xiaomi Redmi Note 4 Dilancarkan – Diperkasakan Pemproses Helio X20

Diterbitkan pada Ogos 25, 2016 oleh .

Xiaomi Redmi Note 4 dilancarkan secara rasmi hari ini. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5″ IPS LCD HD penuh, diperkasakan pemproses 10 teras MediaTek Helio X20, RAM sebesar 2/3 Gigabyte dan storan 16/64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera belakang 13-Megapixel f/2.0 dengan sistem pemfokusan PDAF sementara kamera hadapan pula ialah 5 Megapixel f/2.0. Kamera utama mampu merakam video pada resolusi 1080P 30 FPS. Bateri sebesar 4100 mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas (5V/2A) melalui port MikroUSB.

Redmi-Note-4-5Keseluruhan peranti kini diperbuat daripada sekeping logam. Ini berbeza dengan Redmi Note 3 yang diperbuat daripada tiga panel logam berasingan. Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat disertakan pada panel belakang. Seperti Redmi Note 3, Redmi Note 4 menyertakan sokongan pemancar infra merah. Walaubagaimanapun sokongan NFC masih tidak disertakan. Dari segi sistem operasi pula Android Marshmallow digunakan dengan pelancar MIUI 8.

Peranti ini menyokong dua SIM bersaiz nano dan mikro yang diletakkan di dalam talam SIM hibrid. Sokongan kad MikroSD pula ialah sehingga 128 Gigabyte. Apabila kad MikroSD digunakan, hanya SIM bersaiz mikro boleh digunakan. Tiga pilihan warna iaitu perak, emas dan kelabu gelap diberikan. Harga untuk model 16 Gigabyte ialah RMB 899 (~MR 545) manakala versi 64 Gigabyte pula ialah RMB 1199 (~RM 727).

Redmi-Note-4-3

Redmi-Note-4-1

Artikel sedang dikemaskini


TIPS & ULASAN