U Mobile telah memperkenalkan perkhidmatan Video-Onz beberapa bulan yang lepas, membolehkan pengguna menikmati video daripada beberapa perkhidmatan tanpa risau akan penggunaan data mudah-alih yang dilanggan mereka.
U Mobile menawarkan penggunaan data tambahan melalui Video-Onz mengikut pakej pelan data yang dilanggan – dan hanya pengguna U Mobile 98 ditawarkan penggunaan tanpa had melalui Video-Onz ini.
Sebelum ini, Video-Onz telah menawarkan sokongan untuk pelbagai perkhidmatan video, dan hari ini mereka menambah Netflix, Facebook Video dan juga Twitter Video melalui perkhidmatan ini.
Penambahan ini sekaligus membolehkan para pengguna menikmati pelbagai video daripada perkhidmatan ini tanpa risau akan kehabisan data.