Cari @ Amanz

Sokongan pengesahan dwi-faktor telah menjadi salah satu norma baru dikalangan penyedia perkhidmatan internet untuk mengelakkan akaun pengguna daripada digodam. Sony yang mempunyai sejarah hitam menjadi mangsa godam dilihat mengambil sedikit masa yang lama dalam pengenalannya pada perkhidmatan mereka.

Hari ini, ia akhirnya berubah, dan Sony telah pun memperkenalkan pengesahan dwi-faktor untuk akaun PlayStation Network mereka. Pengguna yang mempunyai akaun PlayStation Network kini boleh mengaktifkan sokongan pengesahan dwi-faktor dan menjadikan akaun mereka lebih selamat.

Dengan mengaktifkannya, kini apabila ingin log masuk, pengguna perlu log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan seperti biasa – tetapi turut akan diperlukan untuk memasukkan pin tambahan yang akan dihantar ke nombor telefon pengguna.

Melaluinya, ia lebih menyukarkan untuk pengodam memasuki akaun pengguna, sekaligus menjadikannya lebih selamat berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang mempunyai akaun PlayStation Network, anda digalakkan untuk mengaktifkannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd