YouTube Dilaporkan Akan Melancarkan Backstage Yang Mengubahnya Menjadi Seakan Facebook

YouTube Dilaporkan Akan Melancarkan Backstage Yang Mengubahnya Menjadi Seakan Facebook

Diterbitkan pada Ogos 25, 2016 oleh .

Google cuba bersaing di dalam arena media sosial dengan Google+ Malangnya eksperimen mereka ini gagal bersaing dengan raja media sosial iaitu Facebook. Kini timbul laporan bahawa YouTube Backstage akan dilancarkan pada musim luruh ini. Menerusi Backstage, pengguna boleh berinteraksi menggunakan gambar, teks, bancian dan video sekaligus menjadikannya seakan Facebook.

YouTube One Channel

Backstage bukan laman baru tetapi fungsi tambahan yang akan mengubah laman saluran sedia ada. Menerusinya interaksi antara pemilik saluran dan peminat akan dapat dilakukan dengan lebih teratur. Komen boleh ditinggalkan pada setiap status pemilik saluran dalam bentuk teks dan gambar. Pemilik saluran boleh berkongsi video tertentu sahaja hanya di Backstage. Oleh itu hanya mereka yang melanggan kepada saluran dapat menonton video eksklusif ini. Interaksi juga terhad diantara peminat dan pemilik saluran.

Kami gemar melayari YouTube kerana ia sebuah laman perkongsian video. Tetapi evolusinya menjadi seakan Facebook tidak dapat dielakkan. Facebook sendiri tidak berahsia dengan perancangan mereka untuk menjadi pesaing kepada YouTube dengan fungsi khas untuk menonton video sahaja. Di dalam perang media sosial terbaru ini siapakah pada pendapat anda akan menjadi juara?


TIPS & ULASAN