Cari @ Amanz

Dengan budaya kerja pada hari ini yang ramai menggunakan komputer riba, ada kalanya anda membuat kerja di luar pejabat. Salah satu perkara yang semestinya anda tidak inginkan adalah kerja atau rahsia syarikat anda daripada dilihat orang lain – terutamanya pesaing.

HP Sure View

Kini, menyedari perkara berkenaan, HP telah bekerjasama dengan pihak 3M untuk menyertakan sokongan skrin privasi pada komputer riba EliteBook mereka. Dinamakan sebagai Sure View, ia akan disertakan pada Elitebook 840 dan Elitebook 1040 yang akan dipasarkan bermula bulan September ini. Pengguna boleh mengaktifkan sokongan Sure View ini dengan menekan butang Fn + F12.

Sebaik sahaja diaktifkan, skrin hanya akan diperlihatkan dengan jelas sekiranya anda duduk benar-benar dihadapan skrin. Sekiranya dari tepi, skrin akan kelihatan gelap, sekaligus mengelakkan pengguna lain mengetahui apa yang sedang anda lakukan.

HP Sure View

Bagi anda yang tidak ingin memasang filter tambahan pada komputer riba anda, dan ingin sesuatu yang hadir terbina, mungkin boleh menyemak komputer riba daripada HP ini yang mungkin ke pasaran tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd