Apple Sedang Membangunkan Aplikasi Penyuntingan Seumpama Snapchat Untuk iPhone

Apple Sedang Membangunkan Aplikasi Penyuntingan Seumpama Snapchat Untuk iPhone

Diterbitkan pada Ogos 25, 2016 oleh .

Apple sedia mempunyai sejumlah aplikasi memfokuskan penyuntingan video – seperti iMovie dan juga Final Cut Pro. Kini, ia dilaporkan yang mana Apple sedang membangunkan satu lagi aplikasi baru untuk peranti mudah-alih yang menawarkan ciri-ciri seumpama Snapchat.

Menurut laporan Bloomberg, melalui aplikasi yang ditujukan kepada pengguna iPhone tersebut, ia kelak akan membolehkan pengguna merakamkan gambar, menambah kesan penuras, serta melukis dan menambah teks seumpama Snapchat. Pengguna seterusnya boleh menghantar ia kepada rakan-rakan di buku alamat atau berkongsi di laman sosial.

Apple dijangka memperkenalkannya pada tahun 2017 kelak – dimana bersama-sama dengannya, Apple dikatakan akan mengumumkan integrasi sosial yang lebih banyak pada iOS.

Seperti biasa, segala laporan ini adalah berdasarkan pembangunan dalam di Apple – dan mungkin terdapat beberapa perkara yang tidak direalisasikan atau tidak diperkenalkan kepada pengguna umum.


TIPS & ULASAN