Samsung Memulakan Ujian Beta Sokongan Gear S2 Dan Gear Fit 2 Untuk iPhone

Samsung Memulakan Ujian Beta Sokongan Gear S2 Dan Gear Fit 2 Untuk iPhone

Diterbitkan pada Ogos 25, 2016 oleh .

Samsung sebelum ini telah mengumumkan mereka bakal membawakan sokongan Gear S2 untuk iPhone, sekaligus membolehkan pengguna iPhone menggunakan Gear S2 bersama-sama telefon pintar mereka. Kini, setelah sekian lama, Samsung dilihat telah memulakan ujian untuknya di Korea Selatan.

Samsung Gear S2 Classic

Melalui ujian berkenaan, pengguna akan diberikan akses kepada versi pembangunan Gear Manager App untuk iOS, sekaligus membolehkan pengguna iPhone menggunakan Gear S2 dan juga Gear Fit 2. Samsung mengatakan pengguna memerlukan iOS 8.4 dan ke atas untuk menjalankannya – sekaligus menerima pelbagai data dan notifikasi terus daripada iPhone ke jam tangan dan juga sebaliknya.

Dengan ujian ini, ia juga tidak mustahil untuk Samsung turut menawarkan sokongan Gear S3 yang baru kelak untuk digunakan bersama-sama dengan iPhone.


TIPS & ULASAN