Cari @ Amanz

Selepas hadir dengan teaser ringkas sebelum ini, terkini OnePlus telah pun memperkenalkan produk terbaru mereka, iaitu sebuah fon telinga yang dinamakan sebagai OnePlus Bullets V2.

OnePlus Bullets V2

OnePlus sebelum ini telah memperkenalkan generasi pertamanya sekitar 2014 yang lepas, dan kini, selang dua tahun daripadanya, generasi kedua untuk fon telinga berkenaan diperkenalkan. OnePlus sendiri menekankan yang mana ia hadir sebagai aksesori pelengkap untuk OnePlus 3.

Seperti biasa, pihak OnePlus menekankan kepada rekaan yang dibawakan oleh fon telinga ini, disamping mengatakan ia menawarkan kualiti bunyi dan audio yang sangat baik kepada pengguna. OnePlus bekerjasama dengan salah satu pakar audio dari Jerman, iaitu LOGO dalam menjayakan Bullets V2 ini.

OnePlus Bullets V2

Buat masa ini, OnePlus melabelkan OnePlus Bullets V2 sebagai akan datang. Ia tidak diketahui lagi bilakah akan ditawarkan di Malaysia, tetapi boleh dikatakan akan menjadi salah satu aksesori yang dinantikan ramai peminat jenama OnePlus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd