Rekaan Sony Xperia X Compact Tertiris

Rekaan Sony Xperia X Compact Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 26, 2016 oleh .

Saiz skrin standard peranti di pasaran sekarang ialah 5.5″. Namun saiz skrin ini dianggap terlalu besar oleh sebahagian pengguna. Oleh sebab itu pasaran untuk peranti dengan saiz skrin lebih kecil masih wujud walaupun dipasarkan kepada golongan minoriti. Rekaan untuk Sony Xperia X Compact tertiris semalam melalui akaun @evleaks.

Xperia-X-Compact-1

Peranti ini dikatakan mempunyai skrin 4.6″ tetapi spesifkasinya masih lagi misteri Turut disahkan semalam ialah kewujudan Xperia XZ. Ini ialah peranti utama dengan saiz skrin lebih besar. Sebelum ini gambar XZ tertiris dan pada waktu tersebut ia dikenali sebagai Xperia ZR. Kedua-dua peranti dijangka akan dilancarkan secara rasmi di acara IFA minggu hadapan.


TIPS & ULASAN