Villa Terapung Dengan Bilik Bawah Laut Akan Dibuka Di Dubai Oktober Ini

Villa Terapung Dengan Bilik Bawah Laut Akan Dibuka Di Dubai Oktober Ini

Diterbitkan pada Ogos 26, 2016 oleh .

Pemanasan global akan mengakibatkan kenaikan paras laut di masa hadapan. Negara pulau seperti Palau mungkin akan hilang dari peta dunia sementara penduduk di pesisir pantai sekarang akan kehilangan tempat tinggal. Ketamakan manusia mencari keuntungan tanpa mengira kesan ke atas alam sekitar menjadi penyebab masalah ini. Oleh itu rumah terapung mungkin akan menjadi perkara normal di masa hadapan.

Floating-Seahorse-Dubai-1 Di Dubai villa terapung Floating Seahorse akan dibuka pada Oktober hadapan. Setiap villa mempunyai bilik bawah paras laut yang membolehkan pemilik menikmati pemandangan yang cukup luar biasa. Bagi memastikan keselamatan pemilik, kaca setebal 3.5 inci digunakan. Villa bertingkat ini turut dilengkapi anjung untuk berjemur, dek atas untuk acara keraian, kolam jakuzzi dan sistem kawalan suhu automatik. Setiap villa mempunyai keluasan 4004 kaki persegi dengan saiz bilik bawah laut mencecah 861 kaki persegi. Harga jualan Floating Sehorse bermula dari Dirham 12 Juta (~RM 13.1 Juta).

Floating-Seahorse-Dubai-3


TIPS & ULASAN