Spotify Mula Menjual Kad Prabayar Melalui 7-Eleven

Spotify Mula Menjual Kad Prabayar Melalui 7-Eleven

Diterbitkan pada Ogos 26, 2016 oleh .

Spotify sebelum ini telah menjanjikan yang mana mereka bakal menawarkan kad prabayar untuk para pengguna tempatan dalam memudahkan pengguna tempatan membuat langganan untuk perkhidmatan mereka. Kini, daripada apa yang dilihat, kad prabayar berkenaan telah pun mula dijual di beberapa 7-Eleven di Malaysia.

Spotify 7E

Daripada apa yang dilihat, dua jenis kad prabayar ditawarkan untuk Spotify, iaitu satu dengan langganan untuk RM14.90 bagi sebulan, dan satu lagi dengan langganan untuk tiga bulan pada harga RM44.70.

Bagi anda yang risau akan untuk berkongsi kad kredit atau debit pada perkhidmatan Spotify, maka mungkin anda boleh gunakan kad prabayar yang boleh didapati di 7-Eleven ini untuk membuat pembelian langganan premium di Spotify.


TIPS & ULASAN