Lenovo Yoga Tab 3 Plus Tertiris – Tablet Dengan Tetongkat Terbina

Lenovo Yoga Tab 3 Plus Tertiris – Tablet Dengan Tetongkat Terbina

Diterbitkan pada Ogos 27, 2016 oleh .

Lenovo Yoga Tab 3 dilancarkan Oktober tahun lalu dengan rekaan yang amat unik. Ia mempunyai tetongkat terbina yang membolehkan tablet ini digunakan secara menegak dan digantung di dinding dapur. Model terbaru Lenovo Yoga Tab 3 Plus tertiris semalam dan kali ini ia dipertingkatkan dengan pemproses lebih berkuasa.

Lenovo-Tab-3-Plus-1

Lenovo Yoga Tab 3 Plus dilengkapi skrin 10″ IPS LCD QHD, pemproses Snapdragon 650, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Terdapat kamera utama sebesar 13 Megapixel dan bateri sebesar 9300 mAh. Akhir sekali tablet ini turut dilengkapi sistem audio oleh JBL dengan sokongan Dolby Atmos. Seperti rekaan model terdahulu, sistem tetongkat boleh laras dikekalkan. Tablet ini akan dilancarkan di IFA akan datang dan dijangka dijual pada harga bermula € 350 (~RM 1600).


TIPS & ULASAN