Cari @ Amanz

Di zaman awal internet, GIF beranimasi ialah cara untuk memaparkan pergerakan pada laman web. Ia kemudian digantikan oleh Flash yang lebih berkuasa dan mempunyai saiz lebih kecil. Masa sudah berubah dan dunia sudah terbalik. Flash kini menanti ajal dan GIF beranimasi bangkit dari hibernasi. Perkongsian GIF beranimasi semakin popular sejak dua tahun kebelakangan ini dan disokong pelbagai media sosial kecuali di WhatsApp.

Whastapp-GIF-Beranimasi

Ini nampaknya akan berakhir kerana GIF beranimasi mula disokong pada WhatsApp Beta. Selain daripada itu pengguna juga boleh berkongsi video pendek dalam bentuk GIF dengan syarat ia tidak melebihi 6 saat. Kesemua video sedia ada perlu disunting menggunakan alat suntingan terbina WhatsApp sebelum diubah menjadi GIF beranimasi. Sokongan ini sudah lama kami mahukan. Agak aneh ia mengambil masa yang lama untuk diaktifkan. Facebook, pemilik WhatsApp sudah menyokong GIF beranimasi sejak Mei lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd