(Ura-Ura) Xiaomi Akan Melancarkan Robot Mesin Hampagas

(Ura-Ura) Xiaomi Akan Melancarkan Robot Mesin Hampagas

Diterbitkan pada Ogos 27, 2016 oleh .

Xiaomi baru sahaja melancarkan mesin basuh mini beberapa minggu yang lalu di China. Ini bukan peranti pertama mereka dengan kemampuan membersih dan pastinya bukan yang terakhir. Sebelum ini mereka menghasilkan penapis udara pintar. Kini kedengaran ura-ura mereka mungkin melancarkan robot mesin hampagas pula.

Xiaomi-Robot-Hampagas

Ura-ura bermula selepas gambar di atas tertiris. Ia jelas menunjukkan kotak berjenama Xiaomi dengan gambar robot mesin hampagas pada bahagian sisi. Seperti robot mesin hampagas lain di pasaran, ia boleh membersihkan lantai rumah secara automatik dan dikawal menggunakan aplikasi. Apakah agaknya yang bakal dilancarkan oleh mereka selepas ini? Seterika pintar? Mesin pengering pintar? Adalah agak mustahil untuk mengagak produk apa yang bakal mereka hasilkan kerana ia agak rawak. Kepada yang terlupa, mereka juga ada menjual pemutar skru elektrik Wowstick bulan lalu.


TIPS & ULASAN