Dropbox Meminta Pengguna Sejak 2012 Untuk Mengubah Kata Laluan Lama

Dropbox Meminta Pengguna Sejak 2012 Untuk Mengubah Kata Laluan Lama

Diterbitkan pada Ogos 27, 2016 oleh .

Bagi anda yang menggunakan Dropbox sejak sebelum tahun 2012, kini Dropbox mula menghantar emel dengan arahan meminta pengguna untuk mengubah kata laluan. Dropbox mengatakan tiada sebarang akaun yang telah diceroboh masuk, dan ini sekadar langkah berjaga-jaga.

Untuk tujuan ini, Dropbox hanya menujukan kepada mereka yang telah menggunakan sejak sebelum pertengahan 2012 yang lepas, dan masih menggunakan kata laluan lama sejak daripada itu.

Dropbox mengatakan langkah ini diambil kerana baru-baru ini mereka telah menemui sedikit data pengguna Dropbox di atas-talian, yang mana menyertakan alamat emel dan kata laluan yang telah disembunyikan. Daripada analisa, ia dilihat hadir daripada data ketika pertengahan 2012 yang lepas.
Buat masa ini, tiada sebarang akaun pengguna yang terjejas atau diceroboh masuk pihak ketiga. Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, Dropbox telah mula reset kata laluan bagi mereka yang terjejas.


TIPS & ULASAN