Cari @ Amanz

Mara Digital merupakan projek daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam membuka pusat komunikasi dan teknologi maklumat bagi memudahkan proses mendapatkan barangan dan peralatan berkaitan, disamping turut menjadi pusat sehenti untuk pelbagai perkara berkaitan dunia teknologi dan digital.

Pusat IT pertama dinamakan MARA Digital telah dibuka pada penghujung tahun lepas di Kuala Lumpur, dan sejak daripadanya ia telah diperluaskan di beberapa kawasan lain. Kini, lanjutan daripada pengumuman akan membuka MARA Digital di Melaka dan Terengganu, ia kini turut diumumkan yang mana MARA Digital turut akan dibuka di Seremban tidak lama lagi.

Premis untuk MARA Digital di Seremban dikatakan dalam proses pengubahsuaian dan sekiranya berjalan lancar, ia akan dibuka secepat yang mungkin.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayar, mereka merancang ingin membuka MARA Digital di setiap daerah yang ada bangunan MARA.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd