MCKK Memenangi Best Innovation Award Di The 6th e-ICON World Contest

MCKK Memenangi Best Innovation Award Di The 6th e-ICON World Contest

Diterbitkan pada Ogos 28, 2016 oleh .

e-ICON merupakan salah satu pertandingan inovasi e-pembelajaran peringkat dunia yang dianjurkan oleh kerajaan Korea Selatan, dan disertai oleh negara-negara komuniti APEC. Pada tahun ini, ia turut telah disertai oleh beberapa wakil sekolah dari Malaysia, termasuk The Malay College Kuala Kangsar (MCKK), SMK Taman Seraya dan juga SMK Taman Tuanku Jaafar.

E-Icon Malaysia 2016

Pada tahun ini, ia telah berlangsung selama seminggu di antara 19-24 Ogos 2016, di HICO Gyeongju, Korea Selatan.

Dalam cabaran ini, pelajar akan diberi masa 3 hari untuk membangunkan satu aplikasi pintar untuk pendidikan. Pasukan daripada MCKK memilih untuk membangunkan satu aplikasi pembelajaran unik dimana penekanan diberikan kepada aspek Convergence Education. Setelah 48 jam pembangunan, lebih 400 skrip aturcara ditulis dengan 8 peranti untuk pembangunan dan ujian akhirnya produk prototaip dinilai oleh 6 juri berkaliber dari Korea Selatan. Pasukan MCKK yang terdiri daripada 2 orang pelajar dan seorang guru telah berjaya memperolehi anugerah istimewa Best Innovation Award atas produk yang dihasilkan.

E-Icon Malaysia 2016

Anugerah ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar di Malaysia mempunyai tahap kreativiti yang tinggi serta inovatif. Saya telah memulakan program pengaturcaraan di MCKK sejak April 2016 dan nampaknya, ianya telah memberi kesan yang amat positif kepada perkembangan pelajar. Kejayaan ini amat bermakna kerana ianya seiring dengan pengenalan Asas Sains Komputer untuk pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Malaysia mulai 2017. Bayangkan modal insan yang bakal dilahirkan jika asas pengaturcaraan diajar di awal persekolahan. Malaysia mungkin akan memiliki John Hanke setelah 5 tahun, atau mungkin cepat dari itu. – Mohd Razif Abdul Razak, Cikgu MCKK

Terima kasih Cikgu Razif untuk artikel dan perkongsian.


TIPS & ULASAN