Cari @ Amanz

Jun lalu Blizzard Entertaintment  mengumumkan mereka bakal menyokong pestriman permainan menerusi Facebook Live. Hujung minggu lalu fungsi ini akhirnya diaktifkan kepada pengguna di Australia, New Zealand dan Asia Tenggara. Menerusi fungsi ini aksi permainan anda boleh distrim dan ditonton oleh rakan menerusi laman Facebook.

Buat masa ini penstriman hanya disokong untuk pengguna PC. Pemilik Mac harus menunggu terlebih dahulu sebelum ia turut diaktifkan di masa hadapan. Jelas sekali pada pandangan Blizzard, Facebook ialah platform perkongsian yang penting kerana ia digunakan lebih daripada 1 Billion pengguna aktif setiap bulan. Apakah platfrom penstriman kegemaran anda? Kami secara peribadi lebih selesa dengan YouTube Gaming kerana ianya amat mudah digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd