Peranti Xiaomi Dengan Skrin Melengkung Tertiris – Adakah Ini Mi Note 2?

Peranti Xiaomi Dengan Skrin Melengkung Tertiris – Adakah Ini Mi Note 2?

Diterbitkan pada Ogos 29, 2016 oleh .

Ura-ura Xiaomi akan menggunakan skrin dwi-lengkung pada peranti mereka bukanlah baru. Ia sudah didengari sejak beberapa bulan yang lalu. Rekaan skrin yang dipopularkan peranti Samsung ini nampaknya akan menjadi ikutan Xiaomi selepas ia muncul pada peranti keluaran Vivo. Sebuah gambar peranti Xiaomi dengan skrin melengkung tertiris dan ia mungkin sebuah Mi Note 2.

Xiaomi Mi Note 2 skrin 2

Peranti misteri ini  dikatakan mempunyai skrin 5.5″, diperkasakan pemproses Snapdragon 820 dan RAM sebesar 6 Gigabyte. Ia dipercayai akan menjadi peranti Xiaomi pertama dengan Android Nougat dan menggunakan pelancar MIUI 8. Apakah pendapat anda mengenai skrin dwi-lengkung. Adakah ia praktikal ataupun sekadar gimik jualan. Yang pasti ia kini menjadi rekaan yang diikuti pengeluar lain dengan Apple sendiri diuar-uarkan akan menghasilkan versi mereka tersendiri kelak.


TIPS & ULASAN