Inovasi Huawei Yang Kini Wujud Pada Peranti Lain

Inovasi Huawei Yang Kini Wujud Pada Peranti Lain

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Fungsi unik pada sesebuah peranti akan menarik minat pengguna dan seterusnya membuatkannya mahu dimiliki oleh pengguna. Terdapat pelbagai fungsi menarik yang boleh dilakukan pada peranti pintar di tangan anda sekarang. Inovasi teknologi dan fungsi terkini adalah perlu bagi membuatkan peranti tidak menjadi bosan kerana tiada perbezaan dari model terdahulu.

Mendiang Steve Jobs pernah dipetik menyebut, “Innovation distinguishes between a leader and a follower” (Inovasilah yang membezakan di antara peneraju dan pengikut”). Apabila iPhone diperkenalkan pada tahun 2007 ia adalah inovasi terbesar pada peranti mudah alih sejak pengenalan kamera pada Sharp J-SH04. Inovasi dari Apple ini mengubah landskap peranti mudah alih sehingga ia menjadi barangan elektronik yang harus dimiliki sekarang.

Huawei P9 Plus - DSC06786 (Priime Gold)

Sungguhpun begitu ironi di sini ialah Apple sudah semakin perlahan dalam memperkenalkan inovasi pada peranti pintar. Skrin resolusi tinggi, kalis air, dwi-kamera, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan pantas adalah beberapa fungsi para peranti Android yang masih belum wujud pada peranti mereka. Menggunakan kuotasi Jobs yang kamu sebutkan tadi, bolehlah diandaikan Apple bukan lagi peneraju dunia peranti pintar tetapi pengikut trend yang diperkenalkan pesaingnya.

Antara pesaing terhampir Apple sekarang ialah Huawei. Syarikat yang dahulunya lebih terkenal dengan penghasilan modem kini menjadi pengeluar peranti pintar ketiga terbesar di dunia. Mereka tidak menyembunyikan cita-cita untuk menjadi pengeluar peranti nombor satu dalam masa lima tahun dari sekarang. Strategi mereka untuk memastikan cita-cita menjadi realiti ialah dengan memperkenalkan inovasi yang tidak wujud pada pesaing.


01 – Penggunaan Dwi-Kamera Dengan Sensor Monokrom

Huawei P9 review 002

Inovasi terkini dan diketahui pembaca Amanz semua pastinya penggunaan kamera berkembar dengan gabungan lensa RGB dan monokrom. Imej yang diambil dari dua sensor ini kemudian digabungkan untuk menghasilkan gambar yang lebih tajam dengan penghasilan warna yang baik. Gambar dari Huawei P9 yang kami ulas beberapa bulan yang adalah antara yang terbaik bagi peranti mudah alih sepanjang 2016.

Harus kami tekankan sekali lagi tahun 2016 kita akhirnya melihat perkembangan yang jelas pada tahap kualiti kamera peranti mudah alih. Dengan teknologi hibrid seperti ini kami merasakan tahun 2017 akan menjadi tahun peranti kelas pertengahan akan mempunyai kemampuan kamera sebaik peranti utama. Huawei adalah antara pengeluar terawal menggunakan dwi-kamera pada peranti utama mereka. Sistem seperti ini dapat dilihat pada peranti Apple dan Xiaomi. Selepas ini kami yakin penggunaannya akan menjadi semakin meluas.


02 – Penggunaan Lensa Dengan Kerjasamama Nama Besar Dunia Fotografi

Huawei juga memperkenalkan kolaborasi dengan Leica bagi menghasilkan lensa yang lebih berkualiti. Ini bukanlah kali  pertama nama besar di dalam dunia kamera berkolaborasi dengan pengeluar peranti mudah alih. Ia pernah dilakukan oleh peranti keluaran Vertu namun apa yang membezakan Huawei dan Leica ialah harga jualan peranti yang lebih mampu milik.

Huawei P9

Peranti dengan lensa dari syarikat kamera ternama munculnya P9 dijual pada harga mencecah puluhan ribu ringgit. Huawei sudahpun mengesahkan pembangunan lensa bersama Leica ialah untuk jangka masa panjang. Percubaan pertama mereka adalah amat berjaya dan mendapat reaksi yang baik dari penggemar fotografi.  Ini membawa persoalan berapa baguskah kemampuan kamera Huawei Leica untuk generasi seterusnya?


03 – Pengimbas Cap Jari Dengan Pelbagai Fungsi Tambahan

Pengimbas cap jari bukan perkara baru dan kini semakin meluas kegunaannya. Seperti ramalan awal tahun kami, pengimbas cap jari ini menjadi fungsi yang perlu disertakan pada peranti mudah alih kelas pertengahan ke atas. Pada majoritii peranti pengimbas cap jari hanya boleh digunakan untuk menyahkunci peranti dan menjadi pengimbas identiti pengguna untuk pembelian aplikasi.

Honor 5X

Pada peranti Huawei ia tidak terhenti disini. Tatalan pada pengimbas boleh digunakan untuk menurunkan talam notifikasi tanpa menyentuh skrin. Melakukan dwi-tap pada pengimbas boleh membuang semua notifikasi yang diterima.  Pengguna juga boleh menatal kandungan gambar di dalam galeri gambar menggunakan pengimbas yang sama.

Apakah inovasi yang bakal dibawa oleh Huawei selepas ini? Kami tidak mempunyai jawapan kepada persoalan ini namun dari apa yang kami dengari sendiri dari Kevin Ho (President ,Handset Product Line Huawei Consumer Group), pelbagai lagi fungsi baru akan diperkenalkan dengan EMUI 5.0 untuk peranti Mate terkini mereka. Sama-sama kita nantikan inovasi seterusnya yang bakal dipopularkan Huawei.

Penafian: Advertorial dari Huawei Malaysia


TIPS & ULASAN