Facebook Akan Memaparkan Video Menegak Pada Saiz Lebih Besar Di iOS Dan Android
Artikel Berkaitan

Facebook Akan Memaparkan Video Menegak Pada Saiz Lebih Besar Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada Ogos 29, 2016 oleh .

Perkembangan peranti mudah-alih turut membuatkan ramai pengguna membuat rakaman video dalam bentuk menegak. Namun, apabila ia dikongsikan pada perkhidmatan sosial, ada kalanya paparan tidak begitu cantik, dan dikecilkan saiz paparannya.

Youtube-full

Namun, ia dijangka berubah tidak lama lagi. Dengan populariti seperti Snapchat, Instagram Stories – malah YouTube sendiri yang menyokong paparan video menegak, kini Facebook dilihat akan mengikut jejak serupa.

Facebook mengatakan mereka merancang untuk memperkenalkan sokongan paparan video menegak pada peranti mudah-alih tidak lama lagi, sekaligus membolehkan pengguna mengikuti sesuatu video dengan jelas dan tidak lagi diliputi bingkai berwarna hitam.

Facebook dijangka memperkenalkan sokongan video menegak pada aplikasi Android dan iOS untuk semua secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN