Microsoft Mula Memperlihatkan Petanda Surface Book 2 Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Microsoft Mula Memperlihatkan Petanda Surface Book 2 Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 29, 2016 oleh .

Microsoft telah diperkatakan akan hadir dengan Surface Pro 5 dan juga Surface Book 2 tidak lama lagi. Kini, lanjutan daripadanya, Microsoft dilihat telah berkongsi salah satu gambar di Instagram yang dilihat merupakan salah satu produk yang bakal diumumkan gergasi perkomputeran berkenaan.

Surface Book 2

Daripada gambar yang hadir, ia memperlihatkan Surface Book 2 akan hadir dengan rekaan engsel yang ditambah-baik. Sebelum ini, ada antara pengguna yang tidak meminati rekaan engsel Surface Book yang tidak tutup rapat – dan Microsoft dijangka akan mengatasinya melalui Surface Book 2 kelak.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Microsoft dijangka akan memperkenalkan Surface Book 2 sekitar awal tahun 2017 kelak. Dengan kehadiran teaser baru ini, adakah kita akan melihatnya lebih awal daripada apa yang dirancang?


TIPS & ULASAN