Cari @ Amanz

FitBit merupakan salah satu nama yang tidak lagi asing dalam arena gelang-tangan yang memfokuskan kecergasan. Hari ini, mereka hadir dengan beberapa pengumuman baru, termasuk pengenalan FitBit Flex 2.

FitBit Flex 2FitBit Flex 2 membawakan rekaan yang sangat nipis dan turut membolehkan pengguna menanggalkan tracker padanya untuk disertakan bukan sahaja pada gelang tangan, tetapi juga pada rantai, dan pelbagai aksesori lain. Ia menggunakan paparan dalam bentuk lampu LED, dan hadir dengan sokongan kalis air.

FitBit turut menekankan yang mana FitBit Flex 2 merupakan gelang-tangan pertama yang ditujukan kepada mereka yang giat berenang, dan turut boleh digunakan untuk memantau data berkaitan berenang.

FitBit Flex 2 dikatakan bersaiz 30% lebih kecil berbanding versi sebelumnya, dan menawarkan masa bertahan bateri sehingga 5 hari dengan sekali pengecasan penuh.

FitBit menjadualkan sebuah acara khas di Malaysia pada minggu hadapan, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran produk baru ini ketika acara berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd