Fitbit Mengemaskini Keluarga Charge Dengan Pengenalan Fitbit Charge 2

Fitbit Mengemaskini Keluarga Charge Dengan Pengenalan Fitbit Charge 2

Diterbitkan pada Ogos 29, 2016 oleh .

Fitbit Charge sebelum ini merupakan salah satu gelang tangan dan jam tangan pintar Fitbit yang sangat popular diseluruh dunia. Hari ini, bersama-sama dengan pengenalan Flex 2, pihak Fitbit turut mengumumkan kemaskini kepada keluarga Charge dengan memperkenalkan Fitbit Charge 2.

Fitbit Charge 2

Melalui Fitbit Charge 2, ia kini membawakan skrin yang bersaiz lebih besar, disamping kemudahan untuk melihat pelbagai notifikasi daripada telefon pintar terus pada skrin Charge 2. Seperti Flex 2, ia turut menawarkan masa penggunaan selama lima hari dengan pengecasan bateri penuh.

Seperti versi asal, penggunaan Charge 2 boleh memantau aktiviti sepanjang hari, termasuk langkah perjalanan, jarak, kadar denyutan nadi, bilangan tingkat yang telah dinaiki, dan juga aktiviti ketika tidur. Pengguna turut boleh mengaktifkan peringatan untuk bergerak melalui aplikasi Fitbit, selain turut melihat dan bersaing dengan rakan-rakan lain secara sihat.

Fitbit Charge 2 turut dijangka diperkenalkan di Malaysia pada minggu hadapan secara rasminya.


TIPS & ULASAN