Ramme – Klien Instagram Untuk Digunakan Pada Windows, Mac Dan Linux

Ramme – Klien Instagram Untuk Digunakan Pada Windows, Mac Dan Linux

Diterbitkan pada Ogos 30, 2016 oleh .

Instagram merupakan salah satu perkhidmatan yang diakses ramai setiap hari dalam mengikuti pelbagai perkongsian gambar-gambar daripada rakan-rakan dan juga pelbagai jenama mahupun selebriti seluruh dunia. Walaubagaimanapun, Instagram boleh dikatakan perkhidmatan yang memfokuskan pada peranti mudah-alih dan tiada sokongan untuk desktop, selain daripada versi web.

Ramme

Kini, untuk melengkapkan penggunaan pada desktop, salah seorang pembangun bebas telah hadir dengan sebuah perisian khusus dinamakan sebagai Ramme.

Ramme ditawarkan untuk Windows, Linux dan juga Mac. Menggunakannya, ia menawarkan fungsi sama seperti versi web Instagram, tetapi dengan paparan yang lebih baik serta mudah untuk diakses. Pengguna hanya boleh mengikuti kemaskini baru daripada rakan-rakan, kemudahan untuk membuat carian, selain melihat aktiviti dan profil sendiri. Secara kasar, ia menawarkan bentuk navigasi yang menyerupai pada peranti mudah-alih, tetapi pada desktop.

Ramme

Ramme juga turut menyertakan sokongan carian bagi memudahkan pengguna membuat carian gambar dengan mudah daripada Instagram.

Secara keseluruhan, boleh dikatakan Ramme antara klien desktop Instagram yang baik pada hari ini. Bagi anda yang aktif menggunakan Instagram, anda boleh memuat-turun Ramme untuk digunakan pada komputer anda, dan mengikuti pelbagai kemaskini semasa Instagram dengan mudah melaluinya.

Muat-Turun Ramme untuk desktop


TIPS & ULASAN