Setiap tahun, Mark Zuckerberg hadir dengan cabaran baru untuk diri beliau, dan pada awal tahun ini, Mark Zuckerberg telah mengatakan ingin hadir dengan pembantu maya pintar seumpama Jarvis dalam filem Iron Man.
Lanjutan daripada pengumuman tersebut, dan selepas beberapa bulan, kini Mark Zuckerberg berkongsi melalui sesi soal jawab, mengatakan beliau mungkin memperlihatkan pembantu maya pintar yang telah dibangunkan tersebut pada bulan hadapan.
Daripada perkongsian awal Zuckerberg, ia dikatakan pembantu maya pintar berkenaan telah boleh digunakan untuk mengawal lampu dalam rumah, membuka pintu dan pagar, mengawal suhu dan sebagainya. Malah, ia turut telah dibangunkan untuk mengecam wajah – supaya mengenal-pasti pengguna ketika berjalan masuk ke kawasan rumah, dan membuka pintu secara automatik.
Walaubagaimanapun, Zuckerberg menekankan yang mana ia masih belum siap sepenuhnya, dan masih memerlukan pelbagai pembangunan tambahan sebelum dapat digunakan secara meluas.
Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal didemonstrasikan oleh pengasas Facebook ini pada bulan hadapan.