Huawei Dijangka Memperkenalkan Huawei Nova, Nova Plus Dan MediaPad M3 Pada IFA

Huawei Dijangka Memperkenalkan Huawei Nova, Nova Plus Dan MediaPad M3 Pada IFA

Diterbitkan pada Ogos 30, 2016 oleh .

Acara IFA akan mula berlangsung pada awal September 2016 ini, dan beberapa pengumuman produk telah pun mula berlaku. Untuk pihak Huawei, mereka bakal menghadirkan diri pada IFA 2016 untuk memperkenalkan siri peranti baru – seperti mana yang telah dikongsikan bersama kami pada minggu lepas.

Kini, lanjutan daripadanya, @evleaks berkongsi mengatakan Huawei bakal memperkenalkan Huawei NOVA, NOVA Plus dan juga MediaPad M3.

Ini secara tidak langsung memperlihatkan keluarga peranti baru yang bakal diperkenalkan oleh Huawei kelak adalah Nova. Menurut perkongsian pihak Huawei sebelum ini bersama kami, ia dijangka menawarkan spesifikasi pertengahan melalui siri peranti baru ini.

Huawei Nova Plus pula berkemungkinan adalah peranti bersaiz sedikit besar, sementara MediaPad M3 akan menjadi kemaskini kepada keluarga tablet Huawei.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam beberapa hari lagi – ataupun mungkin sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya dalam masa kurang seminggu lagi.


TIPS & ULASAN