Samsung sebelum ini telah memperkenalkan tablet berasaskan Windows 10 dengan rekaan seumpama Surface, dinamakan sebagai Galaxy TabPro S. Terkini, hadir laporan baru mengatakan Samsung bakal memperkenalkan generasi kedua untuk komputer dua-dalam-satu berkenaan.
Menurut SamMobile, Galaxy TabPro S2 mungkin dilengkapi skrin 12-inci Super AMOLED dengan resolusi 2160×1440 pixel, dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core M, dan seperti sebelum ini dilengkapi sistem operasi Windows 10. Mungkin juga terdapat versi yang dilengkapi sokongan rangkaian LTE secara terbina.
Galaxy TabPro S sebelum ini telah diperkenalkan dengan sokongan tablet yang hadir dengan papan kekunci – dimana boleh digabungkan dan digunakan sebagai sebuah komputer penuh. Ia telah diperkatakan akan hadir ke pasaran tempatan, namun masih tiada berita berkenaan dengannya sehingga ke hari ini.