HyppTV Menambah 4 Saluran Fox Sports Penawaran Kandungan Sukan

HyppTV Menambah 4 Saluran Fox Sports Penawaran Kandungan Sukan

Diterbitkan pada Ogos 30, 2016 oleh .

Perjanjian antara Telekom Malaysia dan Astro selama tiga tahun telah tamat sebelum ini dalam menawarkan Astro Supersport melalui HyppTV. Ini membuatkan saluran Astro berkenaan telah dibuang daripada penawaran HyppTV. Kini, sebagai ganti, Telekom Malaysia telah memetarai perjanjian dengan pihak Fox Sports untuk menyertakan 4 saluran Fox Sports di HyppTV.

HyppTV Fox

Saluran yang disertakan adalah Fox Sports (706), Fox Sports 2 (707), Fox Sports 3 (708) dan juga Fox Sports News (709). Untuk tempoh pengenalan, semua pengguna HyppTV dan juga HyppTV Everywhere boleh menikmati akses untuk saluran berkenaan secara percuma antara 1 September sehingga 30 September 2016 kelak.

Selepas tempoh promosi berkenaan, saluran ini boleh dinikmati sebagai sebahagian daripada HyppTV Jumbo Pack pada harga langganan RM60 sebulan, ataupun melalui HyppTV Sports Pack pada harga langganan RM50 sebulan.


TIPS & ULASAN