Apple Bakal Memperkenalkan Kemaskini MacBook Air Dan iMac Tidak Lama Lagi

Apple Bakal Memperkenalkan Kemaskini MacBook Air Dan iMac Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 30, 2016 oleh .

Apple telah sedia mengumumkan sebuah acara khas pada bulan September ini, dimana mereka dijangka memperkenalkan iPhone generasi baru. Selain daripada itu, Apple turut dijangka mengadakan sebuah acara khusus pada bulan Oktober untuk memperkenalkan kemaskini untuk keluarga Mac.

Menurut laporan Bloomberg, Apple dijangka memperkenalkan kemaskini untuk MacBook Air dengan sokongan USB-C, selain iMac yang akan hadir dengan pilihan cip grafik daripada AMD.

Selain kedua-duanya, Apple turut dikatakan sedang bekerjasama dengan pihak LG untuk hadir dengan sebuah monitor khusus yang boleh dihubungkan bersama komputer mereka. Monitor berkenaan dijangka hadir dengan panel 5K – yang ditujukan kepada para pereka grafik dan mereka yang terlibat dalam arena multimedia.

Disamping itu, Apple turut dijangka memperkenalkan kemaskini kepada keluarga MacBook Pro – tetapi pengenalan ini mungkin mengambil waktu yang sedikit berbeza disebabkan penyertaan panel khusus padanya dengan skrin LED.


TIPS & ULASAN