LG Memperkenalkan Monitor Melengkung Dengan Paparan Ultra-Lebar
LG

LG Memperkenalkan Monitor Melengkung Dengan Paparan Ultra-Lebar

Diterbitkan pada Ogos 30, 2016 oleh .

Selain daripada Samsung, LG hari ini turut telah mengumumkan penawaran monitor mereka yang terbaru, dimana LG dilihat lebih memfokuskan kepada model dengan paparan ultra-lebar mereka pada nisbah paparan 21:9.

Melalui pengumuman LG, mereka mengatakan penawaran monitor terbaru mereka ini adalah monitor terbesar didunia dengan paparan ultra-lebar – iaitu sebuah monitor melengkung bersaiz 38-inci dengan paparan 21:9. Dinamakan sebagai 38UC99, ia turut hadir dengan sokongan paparan pada resolusi 3840×1600 pixel, selain turut hadir dengan sokongan port USB-C.

LG Ultra-Lebar

Bagi anda yang inginkan saiz sedikit kecil, LG turut menyediakan monitor ultra-lebar bersaiz 34-inci, dan ditujukan kepada peminat permainan video. Ini kerana ia hadir dengan sokongan teknologi AMD Freesync, serta kadar segar semula pada 144Hz.

Dan sekiranya anda masih inginkan monitor dengan paparan pipih, LG turut menyediakan sebuah variasi monitor pada saiz 34-inci yang turut hadir dengan sokongan Google Cast secara terbina.

Ketiga-tiga variasi monitor ini akan mula dipasarkan bermula bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN