Gran Turismo Sport telah diumumkan untuk konsol PlayStation 4 sebelum ini, dan pada awalnya dijadualkan untuk pengenalan pada bulan November 2016 ini. Namun, kini nampaknya peminat permainan berkenaan perlu menantikan untuk tempoh yang lebih lama, dan ia kini dijadualkan untuk pengenalan pada tahun 2017 kelak.
Pihak pembangunnya mengatakan ia terpaksa ditangguhkan dalam usaha memberikan pengalaman yang baik kepada para pengguna – dan supaya menjadi permainan Gran Turismo yang terbaik dalam siri berkenaan.
Penangguhan permainan eksklusif untuk PlayStation 4 pada penghujung tahun ini mungkin serba sedikit memberikan kesan terhadap penjualannya kelak. Tetapi, dengan penawaran pelbagai permainan baru – termasuk penawaran PlayStation VR, mungkin ia tidak begitu memberikan kesan kepada para pemain.
Gran Turismo Sport ini akan dipasarkan pada tahun 2017 kelak, dan akan dijual pada harga bermula RM219 untuk versi biasa, selain Collector’s Edition pada harga RM4999.