Xiaomi Memperlihatkan Jam Tangan Pintar Dengan Integrasi GPS – Amazfit Sports Smartwatch

Xiaomi Memperlihatkan Jam Tangan Pintar Dengan Integrasi GPS – Amazfit Sports Smartwatch

Diterbitkan pada Ogos 31, 2016 oleh .

Amazfit merupakan salah satu syarikat yang dimiliki oleh Huami, syarikat pengeluar peranti boleh-pakai eksklusif untuk Xiaomi. Kini, selepas sekian lama jam tangan pintar Xiaomi dinantikan, hari ini mereka telah pun mengumumkan jam tangan pintar dengan integrasi GPS yang dinamakan sebagai Amazfit Sports Smartwatch.

Amazfit Sports Smartwatch

Amazfit Sports Smartwatch ini hadir lanjutan daripada pengenalan jam tangan pintar khusus untuk kanak-kanak sebelum ini. Seperti kebanyakkan produk yang dipasarkan melalui Xiaomi, jam tangan Amazfit Sports Smartwatch ini turut disasarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

Amazfit Sports Smartwatch

Amazfit Sports Smartwatch

Dari segi spesifikasi, jam tangan pintar ini hadir dengan skrin 1.34-inci dengan resolusi 300×300 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori 512MB RAM dan ruangan storan 4GB. Peranti ini juga hadir dengan integrasi cip GPS didalamnya selain sensor denyutan jantung. Melalui ruangan storan terbina, pengguna boleh menyimpan sejumlah lagu, dan mendengarnya melalui fon telinga ketika bersenam melalui penggunaan Bluetooth.

Amazfit Sports Smartwatch

Dari segi masa bertahan bateri, Amazfit Sports Smartwatch ini dikatakan menawarkan masa penggunaan dengan sokongan notifikasi aktif selama 5 hari. Sekiranya GPS diaktifkan, ia mampu bertahan selama 35 jam, dan sekiranya digunakan sebagai jam sahaja, ia mampu bertahan selama 11 hari.

Amazfit Sports Smartwatch ini dijual di China pada harga 799 Yuan (~RM486).


TIPS & ULASAN