Metal Gear Solid V : The Definitive Experience Hadir 11 Oktober Hadapan

Metal Gear Solid V : The Definitive Experience Hadir 11 Oktober Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 31, 2016 oleh .

Metal Gear Solid ialah siri permainan yang mendapat sambutan menggalakkan dari pemain di seluruh dunia. MGS V : The Phantom Pain ialah antara permainan yang kami paling minati tahun lalu. Puluhan jam dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan status tertinggi sekaligus menjadikan kami setanding dengan Big Boss. Kepada mereka yang masih belum membeli permainan ini, MGS V : The Definitive Experience akan dijual pada 11 Oktober hadapan.

MGS V The Definitive Experience 2

Permainan MGS V : Ground Zeroes dan The Phantom Pain dijual di dalam pakej baru lengkap dengan kesemua DLC yang pernah dihasilkan. Ia bakal hadir untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Harga juala ialah $49.99. Walaupun diberikan nama The Definitive Experience, kandungan yang dibuang bagi mempercepatkan tarikh jualan tidak pula disertakan.

Kepada yang kurang arif, bab akhir The Phantom Pain muncul secara mengejut dan membuatkan jalan cerita tergantung. Bab akhir yang dipotong tertiris ke arena web beberapa bulan selepas permainan ini dijual. Pemotongan ini dipercayai adalah antara sebab mengapa Hideo Kojima tidak lagi bersama Konami.


TIPS & ULASAN