Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Robot Vacuum dilancarkan secara rasmi hari ini dan ia adalah sebuah  mesin pembersih hampagas robotik pertama dari mereka. Kepada mereka yang kurang menggemari tugas membersihkan lantai rumah inilah robot yang dapat meringankan beban anda. Robot ini dilengkapi sistem radar, laser dan pengesan pelanggaran. Bateri sebesar 5200 mAh yang dibekalkan memberikan tempoh beroperasi sehingga 2.5 jam.

Mi Robot Vacuum 1 Robot ini boleh dikawal menggunakan aplikasi Mi Home dengan dua mod pembersihan iaitu secara rawak dan mengikut saiz bilik. Menerusi aplikasi yang sama pengguna boleh menetapkan waktu membersih dan memberikan arahan untuk membersih walaupun ketika di luar rumah. Motor elektrik yang digunakan menurut Xiaomi membolehkan ia berfungsi dengan senyap tanpa mengganggu pemilik yang sedang tidur. Harga jualan robot ini ialah RMB 1699 (~RM 1035) sebuah.

Mi Robot Vacuum 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd