Cari @ Amanz

Sejak populariti jam tangan pintar mula meningkat, para pengguna dilihat lebih berminat dengan rekaan muka bulat berbanding dengan empat-segi. Menyedari hakikat ini, selepas hadir dengan dua generasi jam berbentuk empat-segi, hari ini Asus hadir dengan generasi ketiga jam tangan pintar mereka dengan rekaan muka bulat.

Asus Zenwatch 3

Asus ZenWatch 3 hadir dengan skrin bulat bersaiz 1.39-inci yang menawarkan paparan pada resolusi 400×40 pixel. Seperti sebelum ini, ia turut hadir dengan sistem operasi Android Wear, dan boleh digunakan bersama telefon Android atau iOS.

Menjana jam tangan pintar ini adalah Snapdragon Wear 2100, memori sehingga 512MB RAM, ruangan storan 4GB dan bateri bertahan sehingga 2 hari lamanya. Asus menyertakan sokongan pengecasan pantas yang membolehkan jam tangan ini dicas sehingga 60% dalam masa 15 minit. Seperti jam tangan pintar lain, Asus ZenWatch 3 turut menyertakan sokongan untuk memantau kecergasan dan aktiviti seperti berlari, bersenam dan sebagainya.

Asus masih tidak mengumumkan harga jualan dan tarikh jualannya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd