Cari @ Amanz

Acer sebelum ini telah hadir dengan siri komputer “R” yang mana menawarkan rekaan komputer riba yang boleh diputarkan sehingga 360-darjah, sekaligus menawarkan penggunaan sebagai tablet, pemain media ataupun komputer riba.

Kini, dengan konsep sama, Acer turut memperkenalkan siri keluarga baru yang dinamakan sebagai Acer Spin. Beberapa peranti diperkenalkan dibawahnya, dan mencuri perhatian adalah Acer Spin 7.

Acer Spin 7

Acer Spin 7 hadir dengan skrin sentuh bersaiz 14-inci dengan paparan resolusi penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ketujuh, memori sehingga 8GB RAM dan ruangan storan berasaskan SSD sehingga 256GB.

Dengan penggunan cip pemprosesan berkuasa terkini daripada Intel, komputer riba yang boleh diputarkan skrin ini menawarkan masa penggunaan selama 8 jam lamanya.

Selain Spin 7, Acer turut menawarkan Acer Spin 5, Acer Spin 3 dan Acer Spin 1 dengan rekaan sama tetapi menawarkan perbezaan pada bahagian spesifikasi dan saiz skrin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd