Cari @ Amanz

Instagram hari ini telah memperkenalkan salah satu fungsi baru untuk pengguna Instagram di iOS, iaitu kebolehan untuk zoom pada gambar dan juga video. Melaluinya, pengguna boleh hanya pinch pada sebarang gambar dan video, dan melihat sesuatu gambar dan video dengan lebih jelas.

Menurut Instagram, fungsi ini boleh digunakan pada garis masa, pada profil dan juga pada tab Explore.

Pengguna iPhone dan iPad boleh mengemaskini aplikasi Instagram anda ke versi terkini hari ini, dan menikmati fungsi baru ini hari ini. Berkemungkinan kita akan melihat fungsi sama turut diperkenalkan untuk pengguna Android dan Windows tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd