Moto Mods Hasselblad True Zoom Diperlihatkan

Moto Mods Hasselblad True Zoom Diperlihatkan

Diterbitkan pada Sep 1, 2016 oleh .

Hasselblad ialah nama besar dalam dunia fotografi. Kamera keluaran mereka digunakan untuk misi ke bulan dan digunakan untuk mengambil ribuan gambar yang mencecah status ikonik. Kini kepakaran mereka digunakan oleh Lenovo untuk menghasilkan modul Moto Mods Hasselblad True Zoom.

Hasselblad Pure Zoom002 Pertama sekali lensa dan sensor dari Hasselblad tidak digunakan pada kamera tambahan untuk peranti keluarga Moto Z ini. Sebaliknya mereka bekerjasama dengan Lenovo bagi menghasilkan modul kamera Moto Mods yang selesa digunakan, sama seperti yang ditemui pada kamera profesional mereka. Sensor sebesar 13 Megapixel dipadankan dengan sistem zoom optikal 10X. Terdapat flash Xenon terbina bagi memberikan pencahayaan yang lebih terang berbanding flash LED yang ditemui pada peranti pintar biasa.

Kemampuan merakam gambar menggunakan format RAW disertakan termasuk perisian suntingan gambar Phocus yang dihasilkan Hasselblad. Sedikit mengecewakan rakaman video hanya boleh dilakukan pada resolusi 1080P 30 FPS sahaja. Hasselblad True Zoom dijual pada harga € 299 (~RM 1365) sebuah.

Hasselblad Pure Zoom003

 


TIPS & ULASAN