Cari @ Amanz

Lenovo Moto Z Play akhirnya dilancarkan secara rasmi di IFA2016 hari ini. Peranti kelas pertengahan ini mengekalkan rekaan yang ditemui pada Moto Z. Ini ialah bagi membolehkan kesemua Moto Mods yang telah dilancarkan turut boleh digunakan pada peranti ini.  Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dengan pilihan storan 32/64 Gigabyte.

Moto Z Play_002

Kemampuan optik pula ialah kamera utama 16 Megapixel dengan PDAF dan kamera hadapan sebesar 5 Megapixel. Sebuah flash disertakan pada bahagian hadapan peranti. Sebuah bateri sebesar 3510 mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan sokongan pengecasan pantas. Dua slot SIM bersaiz nano boleh digunakan serentak kerana tidak berkongsi dengan kad MikroSD yang turut disokong.

Tidak seperti Moto Z, Moto Z Play dilengkapi bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah peranti. Di bahagian yang sama terdapat port pengecasan USB-C. Panel belakang diperbuat daripada kaca dengan lensa kamera terbonjol keluar sedikit mengakibatkan ia tidak boleh diletakkan secara rata pada permukaan meja. Bagi mereka yang memerlukan pengimbas cap jari, ia disertakan pada bahagian dagu dengan rekaan aneh berbentuk segi empat sama. Moto Z Play menggunakan sistem operasi Android 6.01. Harga jualan bermula dari € 499 (~RM 2280) sebuah.

Moto Z Play_005

Moto Z Play_003 Moto Z Play_004

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd