Cari @ Amanz

Asus pada IFA 2016, selain memperkenalkan jam tangan pintar dengan muka jam bulat, mereka turut memperkenalkan sebuah tablet berasaskan Android dengan fokus terhadap multimedia dan audio, dinamakan sebagai Asus ZenPad 3S 10.

Asus ZenPad 3S 10

Asus ZenPad 3S 10 hadir dengan skrin bersaiz 9.7-inci dengan resolusi 2048×1536 pixel, dan dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek 8176. Tablet ini turut menyertakan memori sehingga 4GB RAM dan ruangan storan sehingga 64GB.

Melalui ZenPad 3S 10, Asus dilihat memfokuskan lebih kepada sokongan audio dan turut menyertakan teknologi NXP Smart Amplifier, selain sokongan audio sehingga 7.1 Surround Sound. Asus turut mengatakan pengguna mendengar audio berkualiti tinggi melalui tablet ini – sehingga audio 192kHZ, 24-bit.

Melengkapkan tablet ini juga adalah pengimbas cap jari dan bateri berkapasiti 5900mAh.

Asus masih belum mengumumkan harga jualan dan tarikh penawarannya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd