Samsung Dilaporkan Menangguhkan Stok Galaxy Note 7 Kerana Ujian Kualiti Tambahan

Samsung Dilaporkan Menangguhkan Stok Galaxy Note 7 Kerana Ujian Kualiti Tambahan

Diterbitkan pada Sep 1, 2016 oleh .

Samsung sepatutnya melancarkan Galaxy Note 7 di Malaysia secara rasminya pada bulan Ogos lepas, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan stok pada peringkat global. Bercakap mengenainya kepada pihak Reuters, Samsung mengatakan ia terpaksa ditangguhkan kerana Galaxy Note 7 melalui ujian tambahan dalam memastikan kualiti yang baik.

Walaubagaimanapun, Samsung tidak memberikan kata putus berkenaan ujian tambahan yang dilakukan mereka, dan berapa lama ia akan memberikan kesan terhadap penawaran stok.

Samsung Galaxy Note 7

Beberapa pengguna awal Galaxy Note 7 telah melaporkan beberapa masalah dengan peranti mereka, termasuk berkaitan dengan boot-loop, S-Pen tersangkut dan sebagainya. Malah, Samsung sendiri sebelum ini menghadapi masalah ujian kualiti tambahan ketika memperkenalkan peranti dengan skrin melengkung sebelum ini.

Samsung Galaxy Note 7 sebelum ini telah diperkatakan telah menerima pra-tempahan yang tinggi daripada pengguna, dan ada baiknya juga pihak Samsung mengambil langkah tambahan dalam memastikan penawaran kualiti yang baik kepada pengguna – dan supaya mereka tidak kecewa dengan pembelian peranti terbaru daripada Samsung ini.


TIPS & ULASAN