Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia hari ini telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Mi Max. Melaluinya, ia memfokuskan kepada paparan skrin bersaiz besar – iaitu bersaiz 6.44-inci.

Xiaomi Mi Max

Xiaomi Mi Max

Dari segi spesifikasi penuh, ia menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 650, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD, kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Peranti ini turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, selain menawarkan sokongan dwi-SIM melalui talam hibrid mereka.

Xiaomi Mi Max berharga RM999 di Malaysia. Xiaomi akan menawarkannnya melalui pengedar mereka, Thorus dan dijual melalui Lazada. Xiaomi turut mengatakan ia kelak akan ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Digi, Celcom dan Yes.

Xiaomi Mi Max

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd